
Hi. Hari ni aku kembali lagi dengan tutorial untuk pengguna Blogger. Berniat untuk bertukar ke self-host dan mahu menggunakan WordPress. Tapi tidak tahu bagaimana mahu memindahkan entri-entri lama yang berada di Blogger. Jadi, aku ingin menunjukkan cara bagaimana memindahkan kesemua entri-entri aku di Blogger ke WordPress. Mungkin sesetengah orang mencadangkan aku menggunakan fungsi import yang terdapat didalam WordPress ini sendiri. Setelah beberapa kali mencuba, aku tidak berjaya memindahkan kesemua entri-entri dan komen yang terdapat di Blogger kerana kuantitinya terlalu banyak. Setelah mencari di laman carian Google, aku menjumpai satu cara mudah untuk memindahkan kesemua entri dan komen tersebut tanpa meninggalkan satu pun. Nak tau bagaimana, ikuti tutorial dibawah.

1. Pertama sekali, log masuk ke dalam akaun Blogger korang dan klik pada bahagian Settings.

2. Pada bahagian Blog Tools, sila pilih Export blog.

3. Seterusnya, klik pada butang Download Blog untuk memuat-turun file Blogger Atom Export. Size file ini mengikut kuantiti entri dan komen di blog korang. Sila simpan file ini di tempat yang mudah korang cari kerana ia akan digunakan untuk entri selepas ini.
1. Sila ke laman Blogger2Wordpress melalui link dibawah.
Pergi ke Blogger2Wordpress
2. Seterusnya, klik pada Browse_ dah masukkan file Blogger Atom Export yang korang muat-turun tadi dan klik pada Convert.

3. Sebaik sahaja klik pada butang Convert, sila tunggu file tersebut diupload dan diconvert ke file WordPress WXR Export. Sebaik sahaja proses tersebut selesai, korang perlu memuat-turun file tersebut. Kerana ia penting untuk proses seterusnya.

1. Proses ini adalah proses terakhir pemindahan. Log masuk ke akaun WordPress korang dan pergi ke Tools > Import

2. Sila pilih WordPress. Jika korang menggunakan WordPress 3.0, korang perlu memuat-turun Install Importer. Jangan risau, muat-turun saja file tersebut. Selepas memuat-turun file tersebut, aktifkannya.

3. Selepas korang mengaktifkan plugin Install Importer, paparan seperti diatas akan keluar. Masukkan file WordPress WXR Export dengan menekan butangBrowse dan klik pada butang Upload file and import.

4. Sebaik sahaja file tersebut siap diupload, korang perlu menamakan penulis/Author entri-entri tersebut. Korang boleh memindahkan file-file yang terkandung didalam entri semasa di Blogger. Korang juga boleh membiarkan file tersebut di Blogger, kerana pihak Blogger tidak akan membuangnya. Klik pada butang Submit sebaik sahaja korang selesai membuat tetapan.

5. Tahniah. Korang telah berjaya memindah kesemua entri, komen, page, dan label ke dalam WordPress. Selamat menggunakan WordPress. Untuk maklumat korang, kesemua label telah ditukarkan menjadi Categories. Untuk menukarkannya kepada Post Tags sila ke Tools > Import dan pilih Categories and Tags Converter.
p/s : Kepada sesiapa yang mahu mencuba WordPress, korang boleh merujuk padaE-Book Pemasangan WordPress Berbahasa Melayu. Di E-Book tersebut, korang diajar untuk memasang WordPress pada Hosting percuma atau pada sistem komputer korang. Ia bagus untuk kepada Blogger yang ingin mencuba WordPress dan berpindah ke self-host.
0 comments:
Post a Comment