Bila kte sebut je melayu, pandangan org terhadap kte mesti mojoritinya teruk.. apa dh jd dgn bangsa kte ni?
Aku sbg org melyu berasa sedih ngn sikap bngse kte ni..
Come on la bro, stakat name BROsane BRO sini, TAIKO sane TAIKOsni wtper?? klu msh xdpt nk tlg, bimbing anak2 bangse, adik2, keluarga kte sendri? Antara berhala besar dlm manusia adalah KUASA!PANGKAT! so tlg la, yg dh de kt ats tu, tlg2 org dibwh, bkn menindasnye.
Lagu dendangan Malique bertajuk Layu ini sgt sesuai utk menyedarkn bngse melayu kte.. Bangunla whi bangsa melayu, kte bersatu menjadi contoh pd2 yg lain kerna kte jga membawa imej ISLAM di Malaysia ini, ktenye takkan melayu hilang di dunia... tp fikirla la, buat apa klu ADA jikaKEWUJUDAN tak dirasa?? Amikla lagu ni sbgi satu kesedaran dan kenyataan tentang kte wahai bngse malayu! dan untuk menjadi lebih baik dr semlm.. AMIN
Layu - Malique
Aku lihat layu dalam Melayu
Aku pasti bukan aku seorang saja yang nampak
Ada juga bercadang bertanya tuan punya
Tapi bercampur risau dengan tak tergamak
Nanti dikata tak bersyukur, dikata tak sedar diri
Jadi aku menyendiri, memerhati dan akhirnya mengakui
Yang kita sendiri
Membiarkan bunga raya melayu ke kanan
Dan dibiar bunga tak cantik mekar di kiri
Aku lihat layu dalam Melayu
Tanah air kita yang punya
Kita siram, kita baja tapi angin api kita lupa
Mereka merancang masa menjilat bangsa
13 harimau bertukar menjadi mangsa
Kita lupa nenek moyang kaya-raya
Jangan sekali-kali digadai harta-bendanya
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Takkan Melayu hilang di dunia
Ya... tapi apa guna tak hilang di dunia
Kalau kewujudan tidak dirasa
Petah berbahasa kudrat tak berjasa
Orang berbudi kita hanya tahu merasa
Selalu lari bila dirapat
Selalu malu bila soalan diaju
Selalu segan memberi pendapat
Rela mengikut dari meneraju
Belum nyanyi sudah bersorak
Suka berjanji dalam borak
Bukan kata tak ada otak
Cuma tak berfikir di luar kotak
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Ku lihat layu dalam Melayu
Aku jadi sayu
Bunga menangis dia mendayu
Mahu jadi cantik tetapi ragu
Aku merayu
Bangunlah semula hidup kembali
Jangan tunggu matahari mati
Cepatlah mekar sebelum terlerai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
Perjuangan kita belum selesai
UMRAH EKONOMI 2023
1 year ago
0 comments:
Post a Comment