Tuesday, September 7, 2010

KONTROVERSI: Iklan Raya Aidil Fitri TV3 2010: Iklan Raya 1Malaysia




SEJARAH hari raya dalam Islam bermula apabila Rasulullah berhijrah ke Madinah. Baginda mendapati ada dua hari raya yang disambut oleh bangsa Arab pada masa itu. Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya itu, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang diwarisi secara turun temurun daripada datuk nenek mereka.


Lalu Rasulullah menyatakan kepada orang Arab Madinah bahawa Islam menggantikan dua hari raya yang kamu raikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau Aidil Fitri.
Konsep hari raya dalam Islam adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu adalah satu ibadat. Aidil Fitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang yang dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna.
Saya terkejut bila melihat iklan raya TV3 kali ini, Saya dapati iklan ini seolah-olah menggabungkan identiti pelbagai agama, ada santa claus, ada bunga teratai dengan pelita api. Ini seola-olah hendak menyelitkan  unsur kristian, hindu, buddha secara halus. Ini merupakan satu taktik halus untuk mempengaruhi aqidah generasi baru, dengan penonjolan kanak-kanak sebagai pelakon yang mengkhayalkan perkara ini.

Apakah motif sebenar mukasurat yang bertulisan Jawi terbalik ini?

Close up sehelai mukasurat yang mempunyai gambar sebuah beca berwarna merah dengan berlatarbelakangkan sebuah pokok dan bintang menutupi sehelai mukasurat lain bertulisan JAWI yang diterbalikkan.
Bagi saya tidak sepatutnya dikaitkan ‘Aidil Fitri dengan konsep agama lain, harap pihak pengurusan TV3/Media Prima mengambil tindakan segera menarik balik siaran iklan ini.
Berikut disertakan hujah yang diperolehi daripada sahabat Facebook yang bernama Yusrizal Usop berkaitan Iklan Promo Aidilfitri TV3 ini:
BUKTI BERGAMBAR KESESATAN IKLAN PROMO AIDILFITRI OLEH TV3!
Sumber Rujukan:
- Ustaz Mohd Fadli

0 comments:

Post a Comment

Naruto


Template by:

Free Blog Templates